Memaparkan catatan dengan label kedai makan batu pahat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kedai makan batu pahat. Papar semua catatan

Isnin

Makan Sedap Batu Pahat | Warung Timbang Larut Malam | Tahu Lembut Special

Seriussss!! Aku betul-betul terkejut masa mula-mula dibagitau dulu(beberapa tahun lepas) tentang Warung Makan Sedap Batu Pahat nie yang mula berniaga bermula 11.30 malam.



Mana tak terkejut nyer..

Kebanyakkan kedai makan/warung lain start niaga awal pagi @ lewat petang hingga larut malam nie TAPI waktu niaga kedai nie,bermula dari LARUT MALAM hingga AWAL PAGI.

Dah la meniaga kat Batu Pahat.Kalu kat tengah-tengah pusat bandar Johor Bahru,Penang @ Lembah Klang aku boleh faham sebab kat sana tempat tumpuan orang ramai,24 jam sentiasa ada orang lalu-lalang.

Aku tak pasti nama sebenar warung nie sebab memang tak der signboard.Kitaorang panggil Warung Timbang jer sebab tukang masak dia akan timbang mee sebelum digoreng.

Mungkin sebab tue kot rasa mee goreng diaorang konsisten jer dia punya rasa atau dengan kata lain warung nie ada Standard SOP untuk memasak.

Walaupun Kedai Makan Sedap Batu Pahat nie ada menyediakan pelbagai menu seperti mee goreng,nasi goreng dll.

Aku perasan majoriti orang TERMASUKLAH juga aku akan order dia punya SIGNATURE DISH iaitu Set Tahu Lembut & ....................... (kena baca sampai habis kalu nak tahu)


 Ranggup di luar,Lembut di dalam!!

Set Tahu Lembut terdiri dari 2 ketul tahu goreng,bersaiz biasa(4 segi) yang macam ada jual kat kedai runcit.Apa yang ketara berbeza,tekstur dalam Tahu Lembut kat sini sangat lembutttt macam Tau Fa Fah.Tahu Lembut tersebut di alas menggunakan  daun kangkung,disimbah dengah sambal kicap + pes rojak petis & ditabur dengan kacang tanah hancur.

Perghhhhh..time aku typing blog nie pun dah jelas terbayang dia punya nikmat.Mujur sekarang ada kat Kajang,Selangor. 

Lagi satu menu POWER yang korang patut cuba kat sini ialah Set Asam Pedas (Ikan Pari/Merah).Siapa sangka,ada warung yang berani 'mencemar duli' menyediakan menu yang popular di Batu Pahat nie pada waktu malam.



So,tak der lah korang mengelabah kalu tetiba bini mengidam nak makan Set Asam Pedas.Ajak jer dia datang makan kat sini.

Abang ipar aku (Cikgu Syah) seorang food hunter tegar.Lepas kali pertama aku bawak dia datang sini makan Set Asam Pedas.Dia terus jatuh cinta.Habis dia repeat makan 2 malam berturut-turut.Menyesal pulak bagitau (sebab dipaksa temankan dia time aku nak tidur)..haha




Ahad

Makan Sedap Batu Pahat | Nasi Goreng Gear-Box Tongkang Pechah

Haaaaa..Aku tahu korang tengah ushar Kedai Makan Sedap Batu Pahat,Johor kan?

Al-maklumlah,aku kan ahli Nujum Negara 😋

Nway,hari nie aku nak berkongsi port Kedai Makan Sedap Batu Pahat yang selalu aku datang bagi memuaskan nafsu kedarah memenuhkan perut epecially pada waktu malam.

Kedai makan nie terletak di pekan kecil bernama Tongkang Pechah dalam daerah Batu Pahat gak.Unik kan nama pekan nie?

Berdasarkan sejarah,nama pekan nie dinamakan sebegitu rupa sebab kat area sini pernah berlaku kejadian Tongkang Pechah lalu karam.Senang jer kan,orang dulu-dulu dapat idea untuk bagi nama tempat,anak dll.

Menu utama yang menjadi kegilaan utama aku kalu datang sini,tak lain tak bukan ialah N


Tak silap aku kedai nie buka setiap hari KECUALI hari Jumaat

Sepupu aku lah mula-mula pecah lubang pasal port makan nie.

Nasi Goreng Gear-Box,Tongkang Pechah adalah menu yang patut korang cuba kalu nak